Pages

5

 PERSOALAN TENTANG DIRIKU. . .

Assalamualaikum,
Apa khabar kawan2 semua, harap semua dalam keadaan sihat Walafiat dan masih menarik nafas di Bumi Nyata.
Kali ini ku ingin ungkapkan persoalan kawan2 yang sering bertanyakan tentang diriku dan kadang2 ada yang menyindir tapi itu semua aku tidak kisah kerana aku menyayanngi sifat mereka sebagai kawan yang baik. Sebelum ini ramai yang bertanya mengapa bentuk tubuhku seperti ini, seperti itu? mengapa aku nampak macam membongkok? mengapa aku nampak mcm taf? ada p Jim ka bro?mengapa kau pendek bro? Semua persoalan ini tidak bolehku jawab serta merta kerana sangat sensitif bagiku .. Aku mengambil kesempatan melalui Blog ini untuk meluakannya. Kawan2ku yang baik hati semua,. sudah tentu anda semua tahu latar belakangku, membesar dalam keluarga yang sangat2 susah! waktu umur aku 5 tahun aku membesar di kawasan hutan (Kuala Tengah pitas), yang bertemankan monyet, ular2, serangga2 dan babi2 hutan yang bising setiap malam. biasala budak2 semua pun di anggap kwn,. kemudian aku masuk Tadika Kemas Landong Ayang Kudat, masuk sekola sk.pekan kudat dan SUIS Kudat (sekolah Agama), masuk SMK Kudat hgga ke Ting.6atas. Tapi bukan itu yang mahu aku ceritakan. 
Aku adalah Adik beradik Paling Nakal dlm 10 Org bukan terpengaruh dengan kawan2 kg. tapi sikap degil membuatkan ibu Ayah menjadi marah  hampir setiap hari. Sejak umur 7 Tahun badanku sudah merasa kehangatn Tali Pinggang Ayah, Keenakan selipar, Kelazatan Hos rumah sepanjang 1meter. Ibu akan menutup Pintu rumah menguncinya pada waktu itu aku tidak boleh berbuat apa2 melainkan melafazkan kata 
" Ampunkan aku Mak, Aku Nda buat lagi" itulah kata2 yang selalu keluar dari bibir namun aku seorang budak degil yang tak pandai Insaf.Mana tidaknya Jalan pagi Pulang rumah malam kelaparan,
pernah sekali kisah aku cuba mengoreng ikan dan minyak terkena kaki sampai ke lutut, apa yang aku dapat? na.. Hos yang merimbat di Tubuhku. Tapi aku tidak kisah semua itu tanda kasih sayang ibu padaku.
Pada umur aku 9Tahun aku sudah di Ajar menjadi Seorang Nelayan, bukan nelayan pinggir pantai ok, Nelayan Laut Dalam yang terpaksa mengadaikan Nyawa melawan Ombak 2-4meter yang terpaksa bangun lewat 12tgh malam, menarik pukat sejauh 150utas, 1utas=1.5km,bukan dengan mesin tarik ok, dengan Khudrat jasad yg ada, Baru ku sedar hidup ini adalah sukar, sejak hari itu aku bertekad tidak akan menjadi Nelayan lagi hingga aku berumur 14 tahun aku mula Malas kerana tiap2 hari Ayah akan menunggu aku pulang sekola dan kadang2 aku tidak pulang2 Rumah hingga pukul 8mlm. apa yang aku dapat? paip yang digunakan untuk mengepam air bot sebesar genggam Ayah melibas ketubuh kerdilku cukup 3kali libasan Paip itu hancur  berkecai di tubuhku. tidak cukup dari itu Hos pula sbagai Ganti. Hanya Allah yang mengetahui kesakitan aku Alami, hinggakan aku terbuang air kecil sambil meraung nangis kesakitan. Aku juga tidak kisah kerana ini semua pengajaran bagiku yang degil, mungkin ayah juga tertekan dengan masalah adik yang mghidap Leukimia ketika itu. dalam masa yang sama menggangkat, menyimban air hampir setiap hari tuk di rumah. kadang2 aku mengikut abg mengambil upah menebang dan mengangkat kayu untuk di buat tiang rumah, Bayangkanlah tiang rumah bukannya kecil dan pendek.
Ringkasnya selepas pemergian adik (2001) ke RAHMATULLAH, kami sekeluarga telah berhijrah ke Daerah Pitas, dan ayah menjadi seorang petani, Mahu X Mahu aku dan abg menyimban Padi(50kg) di belakang sejauh 500meter dengan jalan yg berlumpur. mungkin sebab tu ada kawan yg mengatakan aku namapk bongkok. Apapun itu semua aku tidak kisah. Kerana bermula aku di Manjakan dengan Hos, dengan tali Pinggang, dengan selipar,dengan paip, aku sudah sedar akan kehidupan keluarga yang susah ini. Aku bersyukur dan berterima kasih kepada Ibu Ayah yang Mendidikku menjadi Insan yang berguna. Moga Allah membalas kebaikan Ibu Ayah di Dunia dan Akhirat Kelak. Amin Ya Rabbal A'lamain..
Tiada siapa yang tahu Keseluruhan Latar belakangku yang cuma sedikit ku ceritakan, Melainkan ALLAH S.W.T yang Maha Mengetahui dan Maha Mendengar Luahan kecil Hatiku. Semua ini membuat aku Matang, Sabar, Cekal dan Kuat tuk terus Berkhidmat pada Keluarga. Persoalan tentang diriku sudah cukup terjawab dengan cerita di atas. Bukan ke Jim ok!

Sekian, Wassalam..
"Yang Baik Dari PENCIPTA, Yang Lemah Dari Yang di CIPTA"